Sunday 18 December 2011

Artis : Hizmy Hassan lukisan haiwan

Lukisan ku untuk tugasan Studio Lukisan 



Singa
                                        


Penyu




                                                                        Badak




p/s : amacam?...:)

Artis : Miguel Endara dengan lukisan teknik titik (pointilism)int

Seorang pelukis bernama Miguel Endara membuat lukisan yang diberi nama Hero, lukisan menakjubkan ini didedikasikan kepada ayahnya. Menggunakan teknik titik (pointilisme) untuk membuat sebuah lukisan yang sukar untuk dihasilkan.




p/s : kesabaran terbayar dengan keindahan

Artis: Edgar Muller Menghasilkan Lukisan 3D di jalanan.

Edgar Muller dilahirkan pada 10 Julai 1968 memang meminati seni sejak dari kecil. Pada usia 25 tahun, dia membuat keputusan untuk melukis di jalanan. Dia menjelajah di sekitar Eropah untuk merealisasikan impiannya.


1) Duality


2) Ice Age


3) Lava Burst


4) Mysterious Caves

Definisi Lukisan

Lukisan merupakan satu teknik menggambar atau hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang minimum.


Lukisan adalah lanjutan daripada kegiatan melakar sebagai satu proses menghasilkan imej untuk tujuan luahan perasaan secara spontan.


Lukisan juga merupakan proses awal atau lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada kegiatan lain seperti catan, cetakan, seni grafik, arca, kolaj dan montaj.


Lukisan juga merupakan hasil karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan diatas permukaan yang rata.


Pengunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel warna, pastel, arang, pen, dan dakwat.